Khamis, 13 Jun 2013

Potret Wajah Kekasih

Potret Wajah Kekasih



Cinta Faris terhadap Haryani, kakak iparnya ibarat pelangi yang hadirnya menceriakan hati yang walang. Dia sentiasa menggantikan tempat abangnya, Nazrin yang sering memungkiri janji terhadap Haryani, hinggakan cinta Haryani terbahagi dua.

Kecelakaan jalan raya telah meragut segala memori Haryani, lalu Faris cuba menghapuskan memori duka Haryani bersama Nazrin dan menggantikannya dengan memori bahagia bersama dirinya.

Ketika Haryani melayari bahtera bahagia bersama Faris, ingatan Haryani pulih kembali.
Bisakah Haryani menerima hakikat bahawa suaminya telah meninggal dunia dan dia sebenarnya mencintai adik iparnya sendiri?

Kasih Pun Bersatu

Kasih Pun Bersatu (Tiada stok)

Kasih Pun Bersatu… karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.

Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

Rabu, 12 Jun 2013

Suatu Penantian



Sinopsis:

Zaru…aku umpamakan kau seperti arca yang membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita telah menciptanya bersama. Lama aku mengenanginya dengan air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yang ingin memiliku……

Tanpamu Di Sisi


 


“Andai cinta itu bukan milikku..aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya ditakdirkan untuk aku..jangan biarkan aku ditinggal sepi!”

Manusia biasa seperti Irma Julita mempunyai hati yang kepingin bercinta dan dicintai. Namun, ada segunung rasa yang amat digeruni oleh Irma. Apa akan terjadi andai kisah hitam keluarganya diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima dirinya nanti?

Hati Bila Cinta



Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang. 

Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya. 

“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.” 

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama

Kupercaya Ada Cinta


Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.
Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.
Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel. Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?
Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?


Kejora Di Langit Cinta



NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahin Hakimi yang suatu ketika dahulu liar berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”